Wednesday, 23 December 2015

Assalamualaikum

Bismillahirahmanirahim

Dalam masa kita nak berubah, Allah akan selalu hadirkan ujian dekat kita. Macam situasi aku sekarang. Sombongnya dulu aku dengan Allah sampai selalu tinggal solat. Bila fikirkan balik, banyak yang aku perlu baiki diri aku. Niat nak berubah ke arah lebih baik memang ada dari dulu dah. Tapi tak tahu lah kenapa tak rasa lagi masa tu nak berubah. So sekarang aku mulakan dari bawah, dah boleh labuhkan tudung sikit sikit, pakai stokin kalau keluar. Bukan nak membangga atau riak. Its basic things for us to know as a muslimah. Tapi mesti akan muncul mulut-mulut yang tak berapa senang dengan kita. "sejak bila pakai stokin ni" "set-set alim dah sekarang ni" dah lali dengan ayat ni. pernah ada satu hari ni aku nak beli buku. Aku just cakap menarik buku ni, buku tu macam lebih kurang tarbiah sentap jugak lah. Tiba-tiba ada kawan aku cakap "belilah... tapi jangan jadi separuh muslim" aku tergamam sikit lah. ayat ni kita boleh fikir dalam macam macam perspektif. Contohnya, dia nak kita berubah betul-betul niat kerana Allah and lagi satu dia cuba psycho kita untuk jangan nak jadi baik-baik sangat. Tapi sapelah kita nak judge orang. Hanya perlu percaya Allah akan selalu ada dengan kau and kau takperlu nak jadi orang lain. Kun Anta. Aku dulu pon bukan lah baik sangat, cuma nak berubah je kan. kalau tak sekarang bila lagi. At the same time aku dapat rasalah kawan aku tak berapa senang sangat pon dengan perubahan baru aku. Tapi aku okay je :) Allah ada. Sekarang aku hanya perlu teruskan. Biaq pi kat depa lah nak habaq apa pasai aku. kan dah terkeluar pinang tak jadi aku. Hehehe. 

No comments:

Post a Comment